Saturday, September 18, 2021

'Takut keluar kereta, ramai sangat di pantai'

Pantai Irama, di Bachok Kelantan yang menjadi antara lokasi pelancongan tumpuan di negeri itu, sesak dengan kehadiran orang ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah dan hujung minggu untuk beriadah bersama keluarga atau rakan. Hasil tinjauan mendapati majoriti pengunjung dan peniaga mengenakan pelitup muka, namun prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dilihat sukar dipatuhi berikutan orang yang terlalu ramai walaupun ada sebahagian kawasan di situ ditutup.

2 kilometer dipandu melawan arus

Sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis. Dalam kejadian pada 6.30 petang Jumaat itu, kedua lelaki itu cuba meloloskan diri selepas menyedari pemeriksaan yang diadakan anggota polis di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Sekinchan, di Sabak Bernam.